Cintaku pada-NYA

Kadang-kala diri ini,
Terasa ingin melarikan diri,
Ke suatu tempat yang tiada penghuni,
Jauh daripada fitnah duniawi,
Hanya ingin bersendiri,
Tiada siapa di sisi,
Hanya Dia yang sentiasa di hati,
Rabb-ku yang dirindui.

Ku terus berlari,
Mencari cinta Hakiki,
MenujuMu Ya Rabbi..

~Al-Faqirah Wad Dho'ifah ilallah~

Ghuraba' - Strangers


غرباء و لغير الله لا نحني الجباه

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء و ارتضيناها شعارا في الحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

ان تسال عنا فإنا لا نبالي بالطغاة

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الاباة

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!

لا نبالي بالقيود بل سنمضي للخلود

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

فلنجاهد و نناضل و نقاتل من جديد

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

غرباء هكذا الاحرار في دنيا العبيد

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!

كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!

و لغير الله لا نحني الجباه

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء و ارتضيناها شعارا للحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life
 

مولد خير الخلق محمد


The Birth of the best of the creations Muhammad

O Messenger of Allah, O beloved by Allah, O Prophet of Allah, O the one with Great status

The Birth of the best of the creations Muhammad, from great endowments
In his anniversary, the chanter sang the most beautiful melodies

I give him my longings and greetings, scented like lavender flowers
In the celebration, my days are beautified, I praise him to receive my reward

The Birth of the best of the creations Muhammad, from great endowments
In his anniversary, the chanter sang the most beautiful melodies

O Taha (Prophet) I praise you in my poem, its meanings decorates my words
And its scents perfumes my statements, and my joy in it and happiness

The Birth of the best of the creations Muhammad, from great endowments
In his anniversary, the chanter sang the most beautiful melodies

His birth came with mercies, and guidance and a stream of blessings
For the chosen one, is the best of the creations, I mention him and perfume my times

The Birth of the best of the creations Muhammad, from great endowments
In his anniversary, the chanter sang the most beautiful melodies

O Messenger of Allah, O beloved by Allah, O Prophet of Allah, O the one with Great status

His birth came with mercies, and guidance and a stream of blessings
For the chosen one, is the best of the creations, I mention him and perfume my times

The Birth of the best of the creations Muhammad, from great endowments
In his anniversary, the chanter sang the most beautiful melodies


:: َQurratu 'Ain ::

يا حبيب الله يا رسول الله


احبك يا رسول الله
 الصلاة والسلام عليك اجمل السلام
اللهم صلي على محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

:: قرة عين ::

يا رسول الله يا حبيب الله


صلى الله عليك وسلم
جئت بالخير بشير ومجيرا ونذير

انت الرسول العربي

انت الشفيع يا نبي

يا رسول الله يا حبيب الله

صلى الله عليك وسلم
هدمت صرح المشركين
نورت درب المؤمنين
أخلاقك القران يا منهل الايمان

يا رسول الله يا حبيب الله

صلى الله عليك وسلم

حياك جبريل الامين

يا خاتم الرسل المبين

أخلاقك القران يا منهل الايمان


يا رسول الله يا حبيب الله

صلى الله عليك وسلم 
 
Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad

:: Qurratu 'Ain :: 

Membuah Sabar


Sabar ; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.

Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.

Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".

Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. 

(Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286

Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian  yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.

Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.
Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan  yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak  pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.

Cuba kita renungkan kembali  di zaman baginda s.a.w dahulu  tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.

Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.

Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.

Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.

Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.

Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?

InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.

Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?

Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin  tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.

Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?

Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.

Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.

Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda  beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".


Salam mujahadah membuah sabar.

Sabar + Redha = Hikmah.. ^_^
:: Qurratu 'Ain ::

Puisi Rasulullah SAW - Ustazah Halimah Alaydrus

Andai bisa ku bersamamu.. Ya Rasulullah..

اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى اَله وصحبه وبارك وسلم

كن معي يا رسول الله

إلـــــــــــــهي أنت مقصــــــــــــــــودي


إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك 
يا الله

"Tuhanku, Engkaulah matlamatku dan KeredhaanMU tuntutanku,
kurniakanlah kepadaku kelazatan mencintaiMU dan mengenalMU, wahai ALLAH."

Hayyun Fi Qulubina

:: Madad Madad Ya Rasulullah ::

Mawlid Sedunia

Various Qasidah



Qasidah-Qasidah yang syahdu yang akan membuat perasaan lebih dekat lagi dengan Rasulullah SAW..

Hasad VS Ghibtoh

Pengertian Hasad
 
Hati rasa derita dan tidak senang dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan nikmat dari orang tersebut.

Pengertian Ghibtoh
 
Hati rasa cemburu melihat kebaikan dan kelebihan yang ada pada orang lain dan dia berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang baik dan berakhlak.

Bahaya Dan Ancaman Hasad

“Hasad dan dengki akan memakan habis segala kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu yang kering.” (Mafhum Hadis)

“Sesungguhnya bahayanya sifat hasad kepada umat ini lebih dari bahayanya seekor serigala kelaparan yang dilepaskan di dalam kandang kambing…” (Mafhum Hadis)

“Awaslah kamu dari sifat hasad, kerana pertama-tama dosa dilangit dan di bumi adalah kerana hasad. Adapun Iblis dosanya yang paling besar adalah kerana hasad kepada Adam dan ada pun Qabil kerana hasadnya kepada Habil, maka berlakulah pembunuhan yang pertama di atas muka bumi…” (Hukama’)

Tiga golongan yang tidak akan diterima doanya oleh Allah :
1. Orang yang makan barang haram.
2. Orang yang suka mengumpat.
3. Orang yang ada dalam hatinya hasad dan dengki. (Abu Al-Laits As-Samarqandi)

Penawar Hati Dari Sifat Hasad
> Ada ilmu yang menyuluh persoalan hati.
> Sentiasa ingat mati dan akhirat.
> Muhasabah dan hokum diri.
> Berguru dengan guru yang Mursyid.
> Bergaul dengan sahabat yang soleh.
> Mendekati orang yang susah dan ditimpa musibah.
> Sentiasa bertafakur tentang nikmat-nikmat Allah.
> Lunakkan hati dengan Al-Quran & Zikrullah.
> Berdoa kepada Allah.
> Ingat dua perkara, lupakan dua perkara :-
Ingat 1. Kebaikan orang kepada kita.
2. Kejahatan kita kepada orang.
Lupa 1. Kebaikan kita kepada orang.
2. Kejahatan orang kepada kita. 


Bertemu dan Berpisah kerana Allah SWT


Bertemu kita Kerana Allah SWT

Sebutir air mata jatuh kerana kasihnya Tuhan,

Seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..

Sesaat bersedih kerana redhanya Tuhan

Seikhlas hati dan perasaan terhadap setiap insan
 
Sejernih hati-hati kerana pembersihan 

Segunung permata...bercahaya nampak kilauan

Sesuci hati kerana cinta abadi buat teman,

Sesungguhnya inilah makna ikatan persahabatan
 
Sedemikianlah Hakikat Cinta Hati Sufi nan ABADI..

Selamat...berpisah kita kerana Allah SWT..




"Bertemu tidak jemu.. Berpisah tidak gelisah.."

:: QA :: 

Ratib Al-Haddad



الإمام القطب
عبد الله بن علوي الحدادالراتب الشهير
الراتب الشهير للحبيب عبد الله بن علوي الحداد

يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم - الفاتحة-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ

اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ

آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُآمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَلاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ

بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ.

رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا

بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ

آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا

يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا

ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ

ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ

أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ

يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ

ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ

أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ

بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد

بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

اَلْفَاتِحَةَإِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ

اَلْفَاتِحَةَإِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ - أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

اَلْفَاتِحَةَإِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ

اَلْفَاتِحَةإِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ وبَرَكَاتِهِمْ

اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ

Ketahuilah olehmu...


Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
~Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
~Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu ...serasa berjalan begitu saja.
~Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
~Allah SWT sudah punya jawabannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
~Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon.
~Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
~Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak..

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.
~Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
~Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.
~Allah SWT telah memberkahimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
~Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
~Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.

Allah SWT Maha Mengetahui..

Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah

>> Jom membaca.. 


Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.

Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.Rela terhadap ketentuan,
kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.

Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)
 
QA : redha dengan segala ketentuan Allah.. (^_^)
'maka berbahagialah orang yang berasa cukup diatas setiap perkara yang didapati'

Siapakah Iblis Laknatullah..???

Nama : Iblis laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam

Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah

Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan

Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam

Kelemahan : Bila orang membaca istighfar

Lambang : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran

Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat

>> InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin... 

**************************************************************************************************************

Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa – yublisu – ilbisan yang bererti putus asa atau berdukacita. Iblis menurut Al Qur'an adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as. Hal tersebut sebagaimana firman Allah:

“dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat,’sujudlah kamu kepada adam,’maka kecuali iblis. Dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai perintah tuhannya...” (QS. Al Khafi: 50)

“Allah berfirman:”apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam as) diwaktu aku menyuruhmu?” iblis menjawab:”aku lebik baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
(QS al A’raf: 12)

Sedangkan Iblis adalah makhluq durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Karim secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (QS.Al-Kjahfi : 50)

Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS.Al-Baqarah : 34)

Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi hati. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam.

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (QS.Al-Araf : 12 )

Ciri yang paling utama dari Iblis adalah dia tidak mati-mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT

Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (QS.Al-Araf : 14-15

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (QS.Shaad : 79-81 )

Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam as dan tidak mati-mati sampai hari ini. Iblis adalah yang juga punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati. 
 
Sangat jelaslah iblis itu bukan makluk baru ciptaan Allah SWT atau tafsiran beberapa ulama terdahulu iblis itu merupakan malaikat yang membangkang Allah Azza Wa Jalla. Kedua ayat Al Qur'an diatas secara tegas menyebutkan iblis berasal dari golongan jin yang tercipta dari api. Sedangkan makhluk Allah yang tercipta dari api hanya bangsa jin bukan manusia yang tercipta dari tanah atau bangsa malaikat yang tercipta dari cahaya (nur).

Selain itu ada beberapa dalil yang membuktikan bahwa sebelumnya iblis bukan dari golongan malaikat melainkan golongan jin:

1. Iblis memiliki keturunan, sementara malaikat tidak memiliki keturunan.
2. Malaikat terjaga dari segala dosa, sementara iblis tidak terjaga dari dosa.
3. Iblis tercipta dari api, sedangkan malaikat tercipta dari cahaya.
4. dalam Al Qur'an ditegaskan bahwa syaitan adalah jin.
5. banyak riwayat dari Rasulullah Muhammad saw dan para sahabat yang sampai kepada kita yang menegaskan bahwa iblis adalah jin.

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bis-sawab..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...